Rubeus Hagrid merupakan salah satu watak di dalam novel bersiri ciptaan
J. K. Rowling sebagai penjaga padang dan guru
Penjagaan Terhadap Makhluk Ajaib Sekolah Sihir Hogwarts.Hagrid dua kali ganda lebih tinggi daripada lelaki normal biasa. Dia amat menyukai haiwan dan makhluk-makhluk magis terutama sekali yang pelik dan berbahaya (dia paling menyukai
naga). J. K. Rowling pernah berkata yang Hagrid tidak berminat akan makhluk magis yang jinak kerana kurangnya cabaran. Walau bagaimanapun, dia mempunyai seekor anjing yang penakut bernama, Fang.Hagrid amat dikenali dengan dialek
Bahasa Inggeris Irelandnya. Hagrid paling menghormati Professor
Albus Dumbledore dan sebarang penghinaan terhadap pengetua Hogwarts itu pasti tidak akan dibiarkan olehnya.Dalam versi filem
Harry Potter, watak Hagrid dimainkan oleh pelakon
Robbie Coltrane, dan ketika di dalam syot gambar yang perlu menunjukkan ketinggian Hagrid, Robbie Coltrane akan digantikan dengan bekas pemain rugbi
England, Martin Bayfield. J. K. Rowling pernah berkata apabila dia menulis novel pertama Harry Potter, dia membayangkan Coltrane sebagai Hagrid.Nama pertamanya, Rubeus, mempunyai dua makna dalam
Bahasa Latin, satu bermakna "merah" atau "kemerah-merahan", dan satu lagi bermakna "benda yang berselerak". Kedua-duanya sama seperti deskripsi Hagrid, yang mempunyai muka kemerah-merahan dan janggut yang berselerak. Perkataan "Hagrid", menurut J.K. Rowling datang daripada satu perkataan Inggeris lama "hagridden" yang bermaksud akan mengalami mimpi yang ngeri terutama sekali apabila digantung dalam keadaan terbalik.